Saturday, 26 September 2015

Hari-hari genting

Assalamualaikum semua,
well as a form 5 student, harini dah 27 September kauuu jangan memain eh hahaha memang tengah menghitung detik-detik je lah lagi. tak, sebenarnya bukan nak cerita pasal SPM pun but still nak cerita juga. sikit.

Alright, let's start. Sebenarnya tak ada sebab pun update blog. Cuma, suddenly rindu pula nak menaip. Dia macam, kau nak buat luahan kat member tapi member semua busy dengan buku, busy dengan member dia, busy fikir masa depan dan busy dengan daily routine iaitu study. eh? sounds like aku ni forever alone. hahaha exactly no lah, malas nak kacau. hari hari nak kacau nak sembang rimas gak kawan tu. dia bukan diciptakan untuk layan kau 24/7 ok, pls sedar sikit dorang ada life gak hahaha. Aku bukan nak cerita pasal member pun sebenarnya, aku cuma nak cerita pasal wow its has been 5 years i dekat SMK Syed Mashor! How time flies! So fast! Actually, not fast as you think la. tapi bila terkenang balik, tak sangka dah 5 tahun. CLICHE. but its reality sis. First time masuk sekolah, pergh dia nak cerita dari first time dia masuk sekolah pulak. Ok, first time masuk, aku cam gentle pikir aku nak kawan dengan siapa, rehat dengan siapa, dalam kelas duduk dengan siapa, plus aku ni pendiam lagi lah krik krik hahaha so, pergh peluh dia masa first day tu, memang luar biasa!
Masa form 1, form2, form 3 memang fikir bila lah aku nak habis sekolah. rasa 5 tahun tu lama gila. macam kau fikir, 5 kali ramadhan kau kat situ, 5 kali juga lah raya kau kat situ hahaha k, so azam form 4 nak pindah, pergh apply sana sini, dapat satu tapi ibu ayah tak kasi. Aku pun satu, pergi mohon jauh jauh, sepatutnya starting mohon la dekat dekat je, so sis redha, sambung je smksm, walaupun mula mula tu, kawan aku je tahu aku punya kecewa macam mana hahaha so lek je lah, belajar mana pun sama je cuma effort kau je lah kena lebih sikit. SERIOUS. belajar memana memang sama tapi sebenarnya USAHA kena lebih lagi lagi kita ni dipengaruhi oleh orang sekeliling lagi lah kena kuat sikit IMAN tu hahaha sis ni iman pun alahai lemah bebenau, so sis kena perbaiki lagi!

Suddenly, harini, aku sedang menjalani hari hari terakhir aku di sekolah. Rasa macam, "oh Tuhan lambatkan lah masa masa terakhir aku dekat sekolah ni, tak puas lagi nak berdrama dengan kawan kawan!" hahaha serious dik, sis tak tipu. dulu aku ingat bila kakak aku cakap "nikmati lah zaman sekolah, nanti kau akan rindu" aku kan degil aku balas la "ya ya lah tu" hahaha tapi serius rindu. betul, belum habis sekolah pun aku dah start throwback zaman zaman hitam aku dulu. what hitam? ok nope, zaman warna warni aku dengan dorang dulu. rasa dia en, cam aku tak nak keluar dari sekolah ni. nanti aku jumpa orang yang aku tak kenal. sekarang, semua mak ayah aku atur. pergi sekolah. balik. pergi tusyen. buat itu buat ini. semua dipesan. lepas ni kena buat sendiri.....hm sedihnya ibuuuuu. dulu, itu boleh buat ini tak boleh buat well memang rasa dikongkong bagi sesetengah remaja apatah lagi darah tengah panas katekooo tapi aku serius jealous gila bagi dorang yang parents dia, kalau dia nak pergi mana mana parents hantar ((yang ni aku pun)) haha tapi sampai yg tak bagi anak anak naik public transport tu lagi ah pergh, memang take care gila keselamatan anak, ya lah kau mengandung 9 bulan 9 hari, 17 tahun kau besarkan dia, susah senang kau sorang tanggung mesti lah kau jaga baik baik kan. tapi, bagi aku, parents macam ni so sweet ((ibu ayah aku pun sweet)). Tapi, orang cakap, agama dan budi pekerti memang penting. sangat. InsyaAllah, Allah lindung. JAP AKU LUPA AKU NAK CERITA PASAL APA.

OK DAH INGAT. So, masa masa terakhir ni lah kau tengok member member kau struggle gila nak mati study daripada tak tahu apa apa terus expert! dari level beginning terus ke expert, can you imagine that? memang benda tu pun juga jadi masa pmr dulu. tapi ni spm weh selalunya spm ni memang orang pandang penting serius ah. tapi kalau pelajar pintar, exam apa pun semua serius! cuma aku ni hm yang besar besar je pandang serius ampun ibu ayah. ok lepas tu, masa masa ni lah, semua berkorban masa! sanggup study group dengan kengkawan korban masa enjoy. yang lagi aku respect gila, delete or deactive dorang punya social network macam twitter, instagram, delete akaun itu dan ini, i was like "HOW YOU DO THAT BEBY" sebab kau dah macam terbiasa bukan macam, tapi memang, hari hari macam setiap detik kau nak scroll benda tak berguna tu ((tapi berguna bagi mereka yang follow ig/acc twitter islamik untuk remind diri dorang atau something yang ilmiah lah)). tbh, aku sendiri tak sangka aku mampu hidup tanpa twitter almost a year kot, "HALAMAK BARU NAK SETAHUN DAH KECOH AKU TAK PERNAH USIK PUN TAK KECOH" ok sekarang buka sikit minda kau baca dan hadam perlahan lahan ok? dulu buat twitter pun sebab semua member cakap pasal something apa apa pun berkaitan twitter, so aku pun buat lah. akaun tah sesiapa tah aku follow sebab nak ramaikan followers je hahaha lepas tu aku rasa lagha gila banyak tweet cam cinta tapi yang tak halal, aku kekadang update gak pasal crush semua ni, so dose gak haha lepas tu, aku rasa aku patut follow account yg tweet islamik, memang ada dan best juga kata kata hikmah dorang. tapi aku rasa percent aku lebih banyak kepada tweet yg cintan cintun dan yang patah hati tu pergh serious sebenarnya benda tu mempengaruhi minda kau tau sebenarnya. malas nak buka pasal tu. ok then i decide untuk deact, mula mula tu susah gila weh nak tahan nafsu en pastu lelama terdelete sendiri dah sebab dah lebih sebulan. aku pun tk sedar dah lebih sebulan sebab saja buka nak tengok perkembangan tapi dah terdelete so malas buat akaun baru. so yay i did it. tepuk lah sikit!

Okay so, bila tengok member semua dah start study, dan sis masih tercongok di tempat yang lama bosan gak. gerak lah slow slow gak en. aku ambil juga nasihat cikgu cikgu. well masa sembang dengan kawan pun, sembang gak pasal masa depan. bila kawan cakap macam nasihat, kau dengar je lah walaupun kau rasa "ah dia ni saing saing aku je" tapi kau tak tahu ok apa dia buat dekat rumah bantai dia study struggle gila kena brainwash dengan family dia lagi haa ko jangan sekali keluar result gempak gila kentang pastu kau pun terdiam pastu nak nyesal. ah sudah its too late. eh rasa macam kena dekat diri sendiri pula. ok lepas tu, kawan aku punya cikgu cakap tapi sama je la, consider cikgu aku juga, cikgu cakap, menyesal tu, definisinya ialah, kau tahu tapi kau dah terlambat untuk buat. so sia sia je lah nak menyesal pun. dah terlambat. ugh padunya sis :( ok then. aku juga cuba untuk tidak sia siakan 5 tahun aku selama ni. semoga semuanya berjaya dengan cemerlang ok! Semoga Allah memberkati usaha kita lagi lagi ibu bapa kita dan para guru ;) Amin Ya Rabb!