Monday, 14 November 2016

Journey

Bismillah, assalamualaikum. Lama rasanaya tak menaip panjang-panjang, rindu! sounds common, but it's true. Last post about road to SPM, and terus tak ada update apa-apa. Its been a year! Haha, alright. Let's continue. After SPM, ibu ayah suruh ambil lesen kereta. Senang nak kemana-mana, haa kau merayap je kerja aku sekarang haha. Keputusan SPM masatu keluar bulan 3, minggu yang sama saya kena test JPJ, boleh bayang tak betapa toughnya minggu tu? Tapi, test JPJ dulu, a few days after, baru result SPM keluar. Alhamdulillah, i passed my JPJ's test! Sebenarnya, tak layak untuk pass kalau saya lah penilainya. Tapi, penilai tu baik, dia passkan je. May Allah bless u, kalau tak, melayang lagi seratus lebih. Sebab pakai duit parents, yang cuak. Haa ya, saya pakai duit parents saya & saya tak bekerja langsung sepanjang percutian (penganggurann) saya. Next, i'm prepare for result spm. Masing-masing debar ni! Alhamdulillah, result cemerlang sangat tu tidak lah. Tatkala kami masing-masing menahan debaran didada. Masa tu, semua jenis selawat, zikir semua keluar kau. Haa dia punya cuak tu macam mana, tak tahu nak gambarkan.

Okay, tutup alkisah tu. Sebenarnya, nak cerita pasal penantian saya yang berbulan. Bismillah. Okay, before ke after result spm keluar tah, kita orang semua dah boleh mohon upu. Matriks memang dah lama mohon, masa form 5 lagi. Jadi, cam dah lupa lupa ah, hehe takada lah. Okay, lepas tu, saya beli no pin upu tu lambat sebab nak tunggu result keluar dulu. Ya lah, risau mohon kos hebat hebat tapi result tak seberapa, susah juga en. Padahal boleh je update, lol. Okay, lepas tu, masa mohon upu tu memang kalut ah, sebab ada 12 kos, nak tibai kos apa, U mana nak pilih lagi. Result upu dijangka keluar hujung bulan 5 kot kalau tak salah. Result matrik keluar dulu. Jujur, kalau dapat matrik selangor, memang dah tekad nak pergi. Masa result keluar tu, tengah malam. and saya tengah sedap tidur, dalam pukul 1 terjaga and check phone, dorang cakap matrik dah boleh cek pe semua. And saya pun check lah, Alhamdulillah, dapat! Tapi, Johor. Nevermind, saya tetap bagitahu family saya tentang khabar berita gembira tu. And memang saya nak pergi gila. Cam excited, come on, matrik weh, matrik ni orang pandang tinggi ah haha padahal ada risiko juga. Cuma bulan bulan, kau dapat elaun and lepas matrik yang setahun lebih tu, kau terus sambung degree. Which is best lah, sebab dapat sambung degree awal. Masa awal tu, bergaduh juga dengan ayah pasal matrik. Not gaduh, tapi cuma salah faham. Sebab Johor tu jauh, and ayah faham ibu memang takkan & susah nak bagi anak gadisnya lepas dari Selangor. Ibu tak yakin yang i boleh bawa matrik, ibu tak nak saya buang masa nanti dekat sana. Saya pernah je before ni lawan cakap ibu. Bila saya kata saya nak, saya nak. Tapi lepas terjadi satu peristiwa hitam ceh, hitam. Bila ibu kata tak, saya pun ikut. Walaupun berat. Yakin dengan Allah, ada hikmah. Walaupun dalam diam saya masih memberontak sebenarnya tapi saya cuba untuk terima.

Then, i decided to, tolak matrik. And tunggu result upu, and guess what, i tak dapat. Lepas tu, tunggu rayuan upu, pun tak dapat. A lot of my friends, dah sambung pelajaran dorang. And antara kira kawan rapat, kira saya je tak sambung lagi. Faham tak apa i rasa? No, u tak faham. Haha, emosi gila. Okay, everything happened in Ramadhan. Sumpah, ramadhan tahun ni memang sedih. Saya pergi terawih, dengar tazkirah pasal doa yang tidak dimakbulkan didunia, & saya menangis masa tu juga. Memang tak boleh kawal (#kawalla). And makcik makcik surau tanya bila nak sambung belajar semua. And kekadang, rasa malas nak pergi terawih. Sebab sedih yang melampau, rasa tak sanggup nak hidup. Haha sounds over, tapi serious saya tak kuat. Saya fikir gak nak masuk form 6 sebab kalut ah tengok orang dah sambung sementara saya masih tak sambung. And why not kan, lepas form 6 leh sambung study gak. And my mom suggest untuk sambung ke KPTM, and yang saya dapat KL, haa memang dekat sungguh. Mula mula dapat kos lain and saya minta tukar. Dorang ok ja nak tukar. Tapi, lepas tengok yuran KPTM tu, terus macam cancel lah. Haha, its not about mampu tak mampu, ptptn mara ada je. And saya still ada kakak yg tengah degree, and adik yang masih sekolah. Jadi, if i choose kptm, saya rasa saya macam susahkan ibu ayah :( so i choose to wait. Ok no, lupa. Sebenarnya, hari last bayar yuran kptm tu, result rayuan politeknik keluar. Saya dapat poli, and Shah Alam je weh!!! Tapi bukan kos yang saya nak dan tiada hostel yang disediakan. So, saya tak pergi. Omg nangis lagi. Ada juga kawan cakap, "jangan bazir masa untuk benda yang kau tak minat". Ibu pun macam ok and suggest untuk tunggu second intake of UiTM. My nights and my days, ditemani air mata. And the next day u bangun u kena kelihatan ok depan org lain. It's too hard for me :( Tengok member member upload gambar dengan kawan baru, tempat baru, cabaran baru. Everything is new.

Hari-hari aku berlalu dengan sangat perlahan, minggu bulan. Yehp, saya menghitung hari je duduk rumah. Ramai je suggest pergi kerja, tak ada lah teringat masalah yang satu tu, and masa berjalan pun tak perasan kan. Tapi, ada beberapa hal yang susah nak faham even dah explain haha so saya memang tak kerja. Siapa je tak nak kerja, dapat duit kot. Tapi takpa, lupakan ja. Everyday kira hari menjelang keputusan UiTM nak keluar. Ada je macam orang tanya tanya, "bila nak sambung." "Result spm bagus pun susah nak sambung, biasa lah perempuan" "Nak tunggu sampai bila dah nak setahun dah tak sambung gak" you don't know how hurt it is haha. Sumpah sakit, air mata ni sampai kering ah wa cakap lu. Masa tu, baru aku faham perasaan jadi bualan orang. omg pedih! Sampai result uitm keluar, and yay! Alhamdulillah, saya dapat! Kos yang saya nak, dekat pun hm Alhamdulillah dekat. And ibu ayah pun bagi. Itu yang penting bagi saya. Redha mereka. Rasa bersyukur tu, sangat tak boleh digambarkan macam mana. Selepas berbulan-bulan. Bukan jangka masa yang pendek. Allah tu baik. Solat fardhu sangat kena jaga. Kadang-kadang miss juga, cuba kuat untuk qada'. Amalan-amalan sunat. Macam solat Dhuha, solat Tahajjud, solat Hajat & Taubat. Saya mengaku saya bukan buat hari hari pun. Sangat kadang-kadang. Tapi, sekurang kurangnya kita cuba. Allah tahu hamba Dia sedang mencuba dekatkan diri denganNya. Jujur, masa lepas result spm dah keluar, aku rasa hebat dah, oh solat cincai pun takpe ah, confirm dapat punya upu dengan result aku ni. tapi tak, Allah rancang benda yang lagi hebat. Luar jangkaan kita sebagai seorang hamba. Sebagai seorang manusia. Allah nak ajar aku supaya terus bergantung harap dengan Allah. Allah nak ingatkan aku, yang aku ni cuma hamba Dia saja, Allah nak ingatkan aku, bahawa hidup aku ni bertuhan. Jangan sesekali angkuh berjalan dibumiNya.

Masa jatuh tersungkur tu baru aku sedar, sebenarnya perjalanan hidup ni tidak semudah yang kita rancang. Kita lupa. Kita merancang, Allah juga. Perancangan Allah sentiasa lebih baik, lebih indah daripada perancangan kita. Percaya lah. Memang bukan mudah untuk aku yang lemah ni lalui semua ni, aku mengaku. Tapi, kita kena didik hati kita, kena pujuk, supaya terus percayakan Allah. Percayakan perancangan Allah itu baik. Malah sentiasa lebih baik. Ya, bukan mudah nak pujuk hati, tapi kita kena cuba dan kena kuat untuk menghadapi hari yang mendatang. Penantian yang lama ni, buat aku rasa makin dekat dengan Allah. Ada juga part part aku rasa jauh, rasa malas nak solat, i do ws my friends, tanya kenapa kita rasa macam tu semua lah. Susah dan tak best bila rasa jauh dengan Allah. Tapi, untuk terus sentiasa dekat itu juga bukan mudah :) Kadang-kadang tu rasa, "biarlah aku sentiasa diuji agar aku dekat denganMu" sebab ada je jenis bila dapat nikmat sikit, cepat lupa Tuhan kot? Haa, bahaya kan! Mohon dijauhkan. And istidraj. Sangat sangat takut. Moga moga Allah lindung. Aamiin!

Okay, itu saja untuk kalini! Maybe nothing interesting pun, tapi cuma nak bagitahu, kita hidup bertuhan, Allah suka bila kita meminta minta, merayu rayu, dekat Allah. Jadi, minta. Yakin. Sabar. InshaAllah. Allah Maha Mendengar dan Maha Dekat. Saya bukan orang baik-baik, jujur, sangat jauh dari definisi baik. Maaf andai ada terkasar bahasa, yang tak enak dibaca and maaf sekejap saya, aku, i hm semua ada haha. Ini sekadar perkongsian. Thank you for reading :)